Wednesday 29 May 2013

Belaga Boat Tragedy at Belaga-Sarawak.






 


Tragedi ni baru berlaku beberapa hari lepas. Setakat berita ni disebarkan, 14 orang masih hilang. Kita nak salahkan siapa? Nak tuding jari kat siapa? Ini berlaku kerana apa? Alam? Kesilapan Teknikal? Kesilapan Manusia sendiri? Sama-sama kita fikirkan..

Used car for sale in Miri

Kereta apa u nak beli? Kereta pertamaKu atau kereta keduaKu.. dan seterus nya?


Mungkin ramai di luar sana tu nak mencari kereta terpakai, tak kira kereta apa pun. Di sarawak kereta yang paling ramai orang pedalaman pakai adalah 4WD. Contohnya Toyota Hilux, Isuzu D-max, Mitsubishi Triton, Nissan Navara, Ford Ranger dan pelbagai jenis SUV.

 

 

 Dipendekkan cerita, kalau ada yang mahu mencari kereta terpakai seperti di atas, dalam lingkungan harga dibawah 80k (depend on age la..) jangan segan-segan email saya anowz6163@gmail.com ok..

Wednesday 24 April 2013

Cerita Pertama di BlogKu

I'm Sorry.. Salah aku juga........  


Saja nak membuang sikit bosan di halaman ni.. Ni adalah serba sedikit pengalaman diri sendiri lah.. haha.. 
Mula-mula rasa tak nak share, tapi ini bagus juga untuk meluah perasaan menjadi bacaan bersama. 

Cerita ni pasal awek tengah merajuk, wah.. Orang lelaki mesti ada pengalaman yang sama juga macam saya. Okey, nak diteruskan cerita ni, awek merajuk memang susah kita nak pujuk. Nak pujuk boleh full seminggu pun tahan lama nya tak expired. Ye tak, mana lah si lelaki ni tahu membaca fikiran perempuan. Apatah lagi keadaan berjauhan, cinta antara benua kah apa? haha.. Tak lah, cuma angkara tugasan kerja.. 

Aku ni kekadang benda penting aku boleh lupa.. Alahai.. dah berkulat fikiran bila dah banyak kerja ni.. Tak cukup kena air liur berbuih lagi kat office, kena buat itu ini.. wah.. Rasa nak menjerit gak.. haha

Bila sibuk je aku kena siapkan kerja, maklumlah nak jaga reputasi kerja katakan.. Terus je aku mula siapkan kerja.. Ni macam nak berlumba siap kerja ni. Haha.. Handphone? Itu pasti ada kat poket but just peneman ambil gambar dan alarm clock je. Yang ada telefon kongsi, atau pun telefon office. Aha.. dah nama kongsi, kena tunggu orang yang dah dulu telefon lah kan.. 

Okey, dipendek kan sedikit cerita ni, hari itu adalah hari yang amat bermakna buat si dia disana. Hari lahir dia. Wah... aku punya tak ingat yang hari itu adalah hari dia. Wah... Terkejut beruk aku bila aku teringat yang hari itu adalah hari lahir dia. Dah terlepas hari, ni dah masuk next day. Bingkas dari tidur je (masa ni aku tgh kerja shift malam, so siang aku tidur) aku terus ke telefon kongsi ni. Aku entah tak tau punya berapa kali call langsung satu pun tak dijawab. 

Okey.. Masa aku tulis ni pun dia tgh merajuk tu.. Hehe.. Tak pe, teruskan cerita.. Punya risau dalam hati cik adik abang kakak ooiiii... Ini memang kes merajuk besar ni.. Payah ni nak memujuk.. haha.. Adui.. Tapi memang salah aku juga, macam mana aku boleh terlupa pulak..? 

Punya sibuk kerja, yang disana tunggu kita nak wish jer.. (Dia sendiri yang cakap kat email) cuma wish jer dia nak dengar.. Alahai bederau juga hati rasa bersalah yang teramat. Macam mana ni? 

Nampak nya setakat ini dulu yang sempat dikongsikan dulu.. nanti kita sambung cerita. Sb skrg ni saya nak pergi pujuk dia lagi.. Wish me good luck!